Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, apabila tewas kepada pasangan India sebentar tadi.

Bertemu pilihan ketujuh kejohanan, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy, Yew Sin-Ee Yi menggunakan strategi permainan di jaring untuk mengecewakan lawan,

Terikat pada 15-15, Yew Sin-Ee Yi saling mengutip mata demi mata sebelum mereka terikat 20-20.

Apabila menggunakan gerakan di jaring mula dihidu lawan, ia memaksa wakil negara tewas 26-24.

Set kedua pasangan India itu terus mengorak langkah, melakukan pukulan yang gagal diberikan respon Yew Sin-Ee Yi, sehingga mereka terpaksa menamatkan perjalanan Terbuka Malaysia di suku akhir dengan kekalahan 14-21.