Manchester City telah mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Uzbekistan, Abdukodir Khusanov.

Pemain berusia 20 tahun itu menjadi pemain pertama Uzbekistan yang akan beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Khusanov juga pemain pertama ditandatangani oleh Pep Guardiola pada tahun 2025 ini untuk memperkuat The Citizens.

RC Lens telah bersetuju dengan tawaran itu pertahanan itu bakal menjalani ujian perubatan tidak lama lagi.
Prestasi Manchester City agak menjunam musim ini dan mereka telah menunjukkan minat sejak bulan Disember lalu untuk memperkukuh barisan pertahanan mereka.

Ini antara salah satu langkah Manchester City untuk pertahankan kejuaraan EPL mereka.