Kuching City berhasil menduduki tangga kelima Liga Super Malaysia selepas membawa pulang tiga mata penuh menewaskan PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.

Ini menyaksikan kedua-dua pasukan tersebut berkongsi mata dalam carta terkini liga.



Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan ayam tambatan, Petrus Shitembi dan Jordan Mintah, sekali gus memberi tekanan kepada Terengganu untuk merapatkan jurang mata.