Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Litar Antarabangsa Shanghai, sebentar tadi.
Max Verstappen meraih kemenangan keempatnya dalam lima perlumbaan musim ini untuk melanjutkan pendahuluannya dalam kejuaraan dunia.
Lando Norris dari McLaren mendapat manfaat daripada dua gangguan 'Safety Car" apabila dia menghalang Sergio Perez daripada melengkapkan kejayaan Red Bull untuk kedudukan satu-dua.
Max Verstappen mengatasi dua gangguan 'Safety Car" untuk raih kemenangan sulung Grand Prix China setelah mendahului Lando Norris.
Verstappen nampaknya sedang menuju ke arah kemenangan sehingga gangguan 'Safety Car" pertengahan perlumbaan berturut-turut mengurangkan pendahuluannya, tetapi dengan tenang membina semula kelebihan 13 saat untuk melakar kemenangan keempatnya dalam lima perlumbaan musim ini.
'Safety Cars'yang disebabkan oleh kegagalan enjin milik Valtteri Bottas's Sauber diikuti oleh kemalangan semasa dimulakan semula, membantu Norris dari McLaren melakukan strategi sehenti yang membolehkannya menewaskan Sergio Perez dan menafikan Red Bull satu-dua.
Duo Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz juga mampu melakukan strategi sehenti tetapi tidak dapat mengancam Perez apabila mereka masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
George Russell memaksimumkan prestasi Mercedesnya untuk menduduki tempat keenam, menamatkan saingan di hadapan Fernando Alonso.
Oscar Piastri berada di tempat kelapan untuk McLaren, manakala Lewis Hamilton adalah seorang lagi yang mendapat manfaat daripada 'Safety Cars' apabila juara dunia tujuh kali itu menyelamatkan tempat kesembilan selepas bermula dari kotak ke-18 di grid.
Zaki Zainal
Sun Apr 21 2024
Dah jadi juara dunia, apa lagi nak risau!
Terbaharu, beliau dilihat secara santai menghabiskan masanya dengan aktviti luncur air secara tertutup di sebuah kolam renang.
Perez tolak dua tawaran pasukan F1 untuk kekal bersama Red Bull
Pemandu Red Bull, Sergio Perez, membuat pengakuan bahawa dia telah menolak tawaran yang diterima daripada dua pasukan Formula 1 untuk menyertai mereka musim depan.
Jurgen Klopp kembali beraksi! Liverpool hati-hati
Bekas pengurus pasukan liverpool, Jurgen Klopp, bakal mengejutkan arena bola sepak selepas dilantik menjadi ketua bola sepak global bersama Red Bull, jenama minuman bertenaga terkenal di serata dunia.
Klopp sahut jawatan ketua bola sepak global baru Red Bull
Jurgen Klopp akan menggalas peranan pertamanya sejak meninggalkan Liverpool dengan mengumumkan akan bertindak sebagai ketua bola sepak global baru Red Bull.
F1 GP Azerbaijan: Piastri diminta McLaren bantu Norris buru gelaran
McLaren bersedia untuk memberikan keutamaan kepada Lando Norris berbanding rakan sepasukan, Oscar Piastri, dalam usaha mereka untuk memenangi kedua-dua kejuaraan Formula Satu, bermula di Baku hujung minggu ini.
Verstappen mula goyah untuk pertahankan kejuaraan
Jika berdasarkan presasi semasa jenteranya ketika ini, Verstappen nyata mempunyai alasan yang kukuh untuk menyuarakan kebimbangan tersebut apatah lagi ditambah dengan momentum cemerlang Norris
Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Litar Antarabangsa Shanghai, sebentar tadi
Ketirisan mesej Whatapp kembali palit isu libatkan Christian Horner
Masa depan Formula Satu Christian Horner kembali menjadi tumpuan selepas mesej WhatsApp yang kelihatan dihantar olehnya telah didedahkan.
F1 beri kata dua buat Red Bull Racing!
“As soon as possible!!!” – ayat penegasan yang dikeluarkan oleh pihak F1 kepada Red Bull Racing susulan dakwaan melanda Principal pasukan, Christian Horner yang berdepan tuduhan gangguan seksual ke atas staf wanita di dalam pasukan RBR.
GP Qatar: Max Verstappen sahkan musim luar biasa Red Bull
Max Verstappen dinobatkan sebagai juara dunia Formula Satu (F1) selepas menduduki tempat kedua di belakang Oscar Piastri dalam pusingan pecut Grand Prix (GP) Qatar, awal pagi tadi.
Under pressure Clement understands fan frustration after Dundee draw
Clement understands fan frustration
Baines hails Everton commitment after Peterborough win
Baines hails Everton commitment
Djokovic reveals retirement plans, backs Alcaraz to break grand slam record
Djokovic reveals retirement plans
Malaysia Open: Wei Chong-Kai Wun, Yew Sin-Ee Yi among 4 pairs into last eight
Man Wei Chong-Tee Kai Wun and Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turned in a sizzling performance to reach the Malaysia Open quarter-finals, and they were joined by two other Malaysian pairs on another good day at the Axiata Arena.
Everton begin post-Dyche era with FA Cup triumph over Peterborough
Everton earn first win post-Dyche
Dundee 1-1 Rangers: Clement's side endure another frustrating away day
Report: Dundee 1-1 Rangers
Real Madrid 3-0 Mallorca: Bellingham and Rodrygo set up Barca battle in Supercopa final
Report: Real Madrid 3-0 Mallorca
Horner remains 'open' to working with Sainz at Red Bull despite 2025 snub
Horner open to Sainz partnership
Marta re-joins Orlando Pride on two-year deal
Marta re-joins Orlando Pride
Al-Nassr 3-1 Al-Okhdood: Ronaldo and Mane inspire comeback triumph
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Okhdood