Famizal Daud
Mon Jan 06 2025
Pengurus Liverpool, Arne Slot, mempertahankan aksi Trent Alexander-Arnold yang dikritik ketika seri 2-2 dengan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Keputusan seri di Anfield terasa seperti kehilangan dua mata buat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Ketika ditanya sama ada Alexander Arnold terganggu dengan spekulasi mengenai kontraknya yang bakal tamat pada akhir musim ini dan spekulasi ke Real Madrid, Slot menjawab:
"Saya tidak percaya perkara itu."
"Saya rasa sembilan daripada sepuluh orang akan kata ia menjejaskan dia, tetapi saya dalam kumpulan satu daripada sepuluh yang percaya ia tidak mempengaruhinya."
"Apa yang menjejaskannya adalah dia perlu berhadapan Bruno Fernandes dan Diogo Dalot, dua pemain utama Portugal yang sangat hebat."
Dalam perlawanan itu, Cody Gakpo dan Mohamed Salah menjaringkan gol untuk Liverpool, yang kekal di puncak liga dengan 46 mata, enam mata mendahului Arsenal di tangga kedua dengan kelebihan satu perlawanan.
Slot turut membandingkan keputusan seri ini dengan kekalahan 0-1 mereka kepada Nottingham Forest pada pertengahan September, satu-satunya kekalahan Liverpool musim ini.
"Keputusan ini terasa seperti perlawanan menentang Nottingham Forest. Ia menyakitkan, tetapi begitulah bola sepak," tambah Slot.
Lesen memandu pertahanan Man Utd, Harry Maguire digantung!
Lesen memandu pertahanan kental Manchester United, Harry Maguire, telah digantung Mahkamah Majistret Bolton selepas didapati bersalah membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan.
EPL: Skor berdepan Man City, Liverpool, Amad Diallo perbaharui kontrak bersama Man United sehingga 2030
Pemain berusia 22 tahun, Amad Diallo, melakukan gerakan drastik apabila menandatangani perjanjian jangka masa panjang yang mengekalkannya sehingga Jun 2030 bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.
Amorim mahu Joshua Zirkzee terus kekal bersama Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, komited untuk mengekalkan Joshua Zirkzee bersama pasukan walaupun pemain itu disunting beberapa kelab termasuk Juventus.
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' -- Kapten Liverpool
Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk, beranggapan Manchester United seperti 'tidak dihormati' selepas pasukan itu melakar keputusan seri 2-2 berdepan pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, semalam.
Real Madrid? Alexander-Arnold tidak layak ke sana! bidas Roy Keane
Masa depan Trent Alexander-Arnold di Liverpool terus dalam kebimbangan, susulan terpengaruh dengan minat Real Madrid ditambah dengan kegagalannya untuk menampilkan permainan bertahan yang baik.
Tiga perkara penting dari aksi Liverpool-Man United
Pertembungan cukup menarik antara Liverpool-Manchester United yang berakhir dengan keputusan 2-2 di Anfield dengan cuaca bersalji menambah rencah drama perlawanan tersebut.
EPL: Bukan salah Alexander-Arnold Liverpool seri berdepan Man United -- Slot
Pengurus Liverpool, Arne Slot pertahankan aksi Trent Alexander-Arnold yang dikritik ketika seri 2-2 dengan Manchester United.
EPL: Amorim berang Manchester United gagal gigit Liverpool
Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, berasa 'sangat marah' selepas pasukannya seri 2-2 berdepan Liverpool awal pagi tadi, dengan mempersoalkan mengapa pasukannya tidak dapat mencapai tahap yang lebih baik dalam perlawanan di Anfield itu.
EPL: Manchester United curi satu mata berharga dari Anfield
Amat Diallo menjadi watak penting selepas menjaringkan gol penyamaan ketika membantu Manchester united bangkit untuk meraih keputusan seri 2-2 berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, awal pagi tadi.
EPL: Man Utd dalam bahaya, aksi bertemu Liverpool diteruskan
Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Liverpool menentang Manchester United tetap diteruskan meskipun cuaca buruk yang masih melanda bandar Merseyside, ketika ini.
Malaysia Open: Wei Chong-Kai Wun reach semis for the first time
National pair Man Wei Chong-Tee Kai Wun ensured Malaysia will have representation in the Malaysia Open men's doubles semis after posting a straight game success.
Malaysia Open: Soon Huat-Shevon, Tang Jie-Ee Wei dominant to reach semis
Fans will be anticipating the weekend action at the on-going Malaysia Open after Goh Soon Huat-Shevon Lai and Chen Tang Jie-Toh Ee Wei both notched straight game victories to reach the semi-finals.
Kyrgios: Tennis was getting 'a bit mundane' in my absence
Tennis 'mundane' without Kyrgios
Accrington FA Cup tie will 'feel like a Champions League final', says Slot
Slot relishing Accrington test
Swiatek: Pressure on Sabalenka in Australian Open three-peat quest
Swiatek: Pressure on Sabalenka
Kompany: Neuer to return in goal for Bayern against Monchengladbach
Neuer returns to Bayern fold
The Numbers Game: Arsenal under FA Cup pressure against holders
The Numbers Game: Arsenal v Man Utd
'We are not a charity case' – Ferguson defends denial of father-son matchup at Everton
Ferguson defends Young decision
'He carried us' – Cavs coach Atkinson hails Garland, bemused by All-Star absence
Garland 'carries' in-form Cavs
Osaka staying positive despite fitness scare ahead of Australian Open
Osaka staying positive ahead of AO