Keputusan kerajaan negeri menarik diri sebagai pengelola secara bersama Sukan SEA 2027 berikutan kekurangan kemudahan yang bersesuaian merupakan satu kerugian kepada Sabah dalam pelbagai aspek.
Timbalan Ketua Negeri Pejuang Sabah, Razif Abdillah, berkata alasan kekurangan kemudahan yang bersesuaian untuk menganjur kejohanan yang berprestij itu menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya dalam pembangunan sukan selama ini.
Menurutnya, kesediaan itu sepatutnya sudah lama ada sekiranya pentadbiran dalam pembangunan kemudahan sukan diberi penekanan dan perhatian serta mempunyai pelan jangka panjang yang efektif oleh kerajaan kini dan sebelumnya.
"Sukan adalah medium di mana anak muda berkecimpung seterusnya tempat persaingan bakat yang akan membuka laluan untuk ke peringkat seterusnya.
"Peluang yang terhidang ini bukan selalu diperoleh, namun akibat kurang peka terhadap pembangunan kemudahan fasiliti sukan maka ia adalah kerugian menyeluruh untuk negeri Sabah dan warganya.
"Kami rakyat Sabah faham dengan kekangan dan ia mungkin norma biasa untuk menganjak kepada sesuatu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Doa yang juga merupakan bekas atlet bola tampar Sabah berkata, terdapat perbandingan nyata apabila hanya mampu melihat kerajaan Sarawak sangat mengalu-alukan dan menunjukkan kesediaan yang tinggi sebagai rakan penganjur bersama temasya sukan tersebut.
"Adakah kita boleh menyatakan dengan jelas yang Sabah sangat ketinggalan dengan Sarawak, lalu apakah aspirasi pimpinan kini dan sebelum ini terhadap perkara sebegini?
"Paling utama adalah kerugian dalam sektor lain seperti industri perhotelan, makanan dan juga pelancongan yang terlepas begitu saja akibat kelemahan nyata daripada pengurusan pentadbiran sukan," katanya.
Sehubungan itu, Razif berharap adanya tindakan drastik yang perlu dimulakan khususnya oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah melalui kerajaan negeri dalam merangka persiapan untuk temasya sukan yang berskala besar akan datang.
Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan perkara itu dalam Dewan Rakyat pada semalam.
-- Sinar Harian
Stadium Astro
Wed Oct 23 2024
Sukan SEA Thailand: Mereka susun jadual macam main Lego -- presiden wushu kebangsaan
Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFA), Datuk Chong Kim Fatt, menganggap tiada perubahan peruntukan untuk sukan ini bagi kempen tahun 2025 sebagai tidak wajar.
Sukan SEA 2027: TMJ perkenan Johor jadi tuan rumah bola sepak
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, berkenan bagi menjadikan Johor sebagai tuan rumah bagi acara sukan bola sepak, Sukan SEA 2027.
Sukan SEA 2027: Kerajaan Negeri Johor mohon perkenan guna SSI
Kerajaan Negeri Johor menyampaikan hasrat kepada pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menganjurkan bola sepak Sukan SEA 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Gelang Patah.
Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024: Prestasi hambar Grace Wong cetus tanda tanya
Grace ketika ini hanya mampu melakukan catatan balingan terbaik dengan 57.17 meter sahaja, jauh dengan beberapa catatan terbaik yang pernah direkodkan beliau sebelum ini.
Sukan SEA Thailand: Wushu tegaskan format lama lebih relevan
Presiden Persatuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, sedia mengeluarkan surat aduan dan cadangan untuk sukan kembali menggunakan format yang lama dalam Sukan SEA Thailand tahun depan.
Sukan SEA: Sabah rugi tarik diri
Keputusan kerajaan negeri menarik diri sebagai pengelola secara bersama Sukan SEA 2027 berikutan kekurangan kemudahan yang bersesuaian merupakan satu kerugian kepada Sabah dalam pelbagai aspek.
MOM alu-alukan keputusan kerajaan jadi tuan rumah Sukan SEA 2027
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengalu-alukan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.
Terkini: Malaysia setuju jadi tuan rumah Sukan SEA 2027
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan keputusan kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027.
Sukan SEA Thailand: MOM rayu sukan lubuk emas Malaysia disenaraikan
Misi pulih imej di pentas Sukan SEA tampak sukar buat kontinjen negara apabila berdepan risiko hilang lubuk emas di temasya Thailand tahun depan. Majlis Olimpik Malaysia semalam mengesahkan karate dan wushu adalah antara sukan yang tidak dimasukkan dalam senarai awal untuk edisi kali ini.
Sukan SEA 2027: Sarawak terima komen positif dari rakyat Malaysia
Malaysia telah dipilih sebagai destinasi bagi temasya sukan dwitahunan paling berprestij di Asia Tenggara, iaitu Sukan SEA 2027.
Under pressure Clement understands fan frustration after Dundee draw
Clement understands fan frustration
Baines hails Everton commitment after Peterborough win
Baines hails Everton commitment
Djokovic reveals retirement plans, backs Alcaraz to break grand slam record
Djokovic reveals retirement plans
Malaysia Open: Wei Chong-Kai Wun, Yew Sin-Ee Yi among 4 pairs into last eight
Man Wei Chong-Tee Kai Wun and Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turned in a sizzling performance to reach the Malaysia Open quarter-finals, and they were joined by two other Malaysian pairs on another good day at the Axiata Arena.
Everton begin post-Dyche era with FA Cup triumph over Peterborough
Everton earn first win post-Dyche
Dundee 1-1 Rangers: Clement's side endure another frustrating away day
Report: Dundee 1-1 Rangers
Real Madrid 3-0 Mallorca: Bellingham and Rodrygo set up Barca battle in Supercopa final
Report: Real Madrid 3-0 Mallorca
Horner remains 'open' to working with Sainz at Red Bull despite 2025 snub
Horner open to Sainz partnership
Marta re-joins Orlando Pride on two-year deal
Marta re-joins Orlando Pride
Al-Nassr 3-1 Al-Okhdood: Ronaldo and Mane inspire comeback triumph
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Okhdood