Peminat Harimau Malaya perlu realistik dan tidak mengharapkan impak segera di sebalik penstrukturan Harimau Malaya yang sudah dimulakan ketika ini.
Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata perubahan Harimau Malaya dalam fasa revolusi itu sudah tentu akan memerlukan masa sebelum membuahkan hasil yang dingini.
"Kita belum melihat keseluruhan skuad Harimau Malaya selepas pelantikan pengendali baharu dan mungkin ada penambahan dari segi pemain naturalisasi atau pemain warisan yang sedang diusahakan oleh Tunku Mahkota Ismail.
"Dalam masa sama, pelbagai sudut perlu dilihat dalam penstrukturan ini dan ia bukan tugas mudah.
"Ibaratnya, kita tidak boleh kata hari ini ambil jurulatih baharu atau buat perubahan, esok dah nak tengok keputusan. Segalanya memerlukan masa.
"Jurulatih juga sudah tentu perlu ruang untuk menilai corak serta taktikal sesuai untuk pasukan termasuk menilai pemain skuad kebangsaan sedia ada dan yang akan dibawa masuk dalam pasukan negara. Jadi, ia memerlukan masa," katanya.
Projek revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bakal membuka lembaran baharu kepada proses meningkatkan prestasi skuad negara di pentas antarabangsa.
Langkah awal menyaksikan Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu Harimau Malaya dan bekas jurulatih Kedah, Nafuzi Zain untuk mengemudi skuad bawah 23 tahun (B-23) menandakan bermulanya revolusi itu.
Malah, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) memberikan bayangan terdapat beberapa pemain yang akan dinaturalisasikan termasuk penyerang JDT, Bergson da Silva, dan pemain sayap Sri Pahang, Menuel Hidalgo.
Selain itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan bekas pemain Kanada, Robert Douglas Friend, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya yang bakal menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu revolusi itu.
Kredit: Sinar Harian
Stadium Astro
Wed Jan 01 2025
Kongres FAM: Rosmadi sedia pertahan jawatan naib presiden
'Masih ada perkara yang belum selesai' - itu yang ditegaskan naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, yang sedia mempertahan posisinya selaku Naib Presiden dalam Kongres Pemilihan FAM yang bakal berlangsung 15 Februari ini.
Kongres FAM: Saya sedia dicalonkan -- Timbalan Presiden MAFA
Berbaki seminggu sebelum borang pencalonan ditutup, tumpuan turut terarah kepada seorang lagi tokoh bola sepak dari Melaka yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Mohd Saiful Mat Saperi.
FAM perlu sentuhan lebih segar -- Alijus Sipil
Pengarah kelab bola sepak Sabah, Datuk TPr Alijus Sipil, hairan apabila urusan pemilihan kongres banyak dibayangi pihak sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang nampaknya begitu aktif 'membantu' kem pilihan masing-masing.
Ranking Harimau Malaya melonjak ke-132 dunia
Ranking skuad Harimau Malaya melonjak tujuh anak tangga daripada berada di tangga ke-138 untuk berada di kedudukan ke-132 ketika ini.
Kalau saya Presiden FAM, satu sen gaji pun saya tak akan ambil - Megat Shahriman
'Undi saya, saya tidak ambil gaji satu sen pun', itu yang diungkapkan oleh Dato' Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, mengenai peluang untuk berkhidmat sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dua legenda bola sepak negara bertanding jawatan dalam FAM?
Dua legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan, dilaporkan akan bertanding jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres badan induk itu bulan depan.
Harimau Malaya kini guna jenama Puma
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengenakan seragam jenama sukan antarabangsa, PUMA, dengan bermula hari ini.
Revolusi Harimau Malaya tagih masa -- bekas jurulatih kebangsaan
Peminat Harimau Malaya perlu realistik dan tidak mengharapkan impak segera di sebalik penstrukturan Harimau Malaya yang sudah dimulakan ketika ini.
Pelantikan Friend keputusan terbaik -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menyifatkan pelantikan Robert Douglas Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya merupakan keputusan terbaik.
Calon Jawatankuasa Eksekutif FAM diketahui hujung bulan depan
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, memaklumkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2025-2029 akan diketahui selewat-lewatnya penghujung Januari depan.
Al-Nassr 3-1 Al-Okhdood: Ronaldo and Mane inspire comeback triumph
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Okhdood
Sabalenka wants to put her name 'next to legends' with third straight Australian Open crown
Sabalenka eyes Aus Open treble
Diallo puts pen to paper on new Man Utd contract until 2030
Diallo signs new Man Utd contract
Hansen available for Ireland's Six Nations opener despite three-game ban
Hansen available for Six Nations
Australian Open: Can Sabalenka achieve three-peat at Melbourne Park?
Sabalenka aims for third AO title
Alpine confirm Colapinto as reserve driver for 2025 F1 season
Colapinto joins Alpine
Everton sack Dyche as Friedkin Group act after dismal league run
Everton sack Dyche
Fulham's top ambition is to win the FA Cup, says head coach Silva
Silva: FA Cup is top ambition
Emery: Villa will 'respect' Potter on West Ham bow
Emery: Villa will 'respect' Potter
Agbadou becomes Pereira's first signing at Wolves
Agbadou completes Wolves transfer