Penolong jurulatih Sabah, Alto Linus mahu memastikan The Rhinos mampu meneruskan momentum cemerlang tanpa kelibat Datuk Ong Kim Swee dalam perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia bertemu PT Athletic di Stadium KLFA Cheras, Sabtu ini.
Ini apabila pengendali berusia 38 tahun itu diberi kepercayaan mengetuai barisan kejurulatihan sementara Sang Badak selepas Kim Swee meninggalkan pasukan baru-baru ini.
Selain Alto, jurulatih kecergasan Martin Stano juga diamanahkan membimbing pasukan terutamanya untuk pertemuan menentang PT Athletic.
"Satu cabaran yang besar bagi saya untuk menjadi jurulatih sementara menggantikan Datuk Ong Kim Swee tetapi bagi saya apa sahaja yang saya lakukan di sini adalah Coach Ong juga sebab Coach Ong ni bagi saya adalah 'master' bagi saya mahupun sifu saya dan segala pengalaman dia sangat bermakna.
"Walaupun kita tidak dapat kesemuanya tetapi dia telah bagi dan turunkan kepada saya.
"Selamat maju jaya buat coach. Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang ditinggalkan di sini.
"Satu keputusan yang besar kepada saya sebagai jurulatih yang dia bentuk tetapi kepada semua peminat bola sepak dan para pemain yang masih bersama Sabah kini.
Alto yang juga bekas pemain Sabah dan T-Team bersara daripada bola sepak profesional pada 2022 sebelum berguru dengan Kim Swee dalam bidang kejurulatihan untuk tahun berikutnya.
Akui menimba banyak ilmu daripada Kim Swee yang dianggap sebagai sifu, Alto bagaimanapun akui berdepan tugasan mencabar bertemu PT Athletic walaupun menang 4-0 pada pertemuan pertama.
"Untuk perlawanan ini kita tidak boleh ambil mudah bertemu engan PT Athletic.
"Kita tahu mereka merupakan sebuah pasukan yang mempunyai para pemain berpengalaman yang boleh mengubah situasi alam perlawanan bila-bila masa.
"Kita tidak boleh ambil mudah dan datang bermain secara selesa dan kita kena habiskan perlawanan ini dengan momentum yang kita ada.
Zaki Zainal
Tue Nov 26 2024
Info siaran latihan pasukan pasukan Liga Super!
Saksikan siaran langsung Nadi Bola latihan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabah, PDRM & Kuching City di saluran Astro Arena 802HD & Astro Arena YouTube sebentar lagi.
Piala Malaysia: Terengganu tanpa dua tonggak utama bertemu JDT di separuh akhir!
Saingan Piala Malaysia kini melewati kehangatan aksi separuh akhir semakin dirasai menyaksikan empat slot sudah pun diisi dengan pasukan Sabah menjadi pasukan ke empat melayakkan diri Isnin lalu!
LWN 2024: Sabah-Kelana United sama handal!
Aksi final Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 menyaksikan dua pasukan teratas liga, Sabah dan Kelana United berentap di Stadium Merdeka untuk bergelar juara musim ini.
Unifi Piala Malaysia: Kemenangan pertama Martin Stano, Sabah bawa bekalan ke Likas
Sabah membawa bekalan satu gol di tempat lawan apabila meraih kemenangan 1-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.
Liga Super: Martin Stano dilantik sebagai ketua jurulatih Sabah baharu
Jurulatih kelahiran Slovakia, Martin Stano, menjadi pilihan untuk mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee, untuk mengendalikan Sabah.
Best of 2024: Kemenangan besar empat kali berturut-turut ialah momen terbaik Ong Kim Swee bersama Sabah
Bekas jurulatih Harimau Malaya bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee, menganggap kemenangan empat kali berturut-turut Sabah dalam kempen Liga Super Malaysia sebagai momen terbaiknya sepanjang 2024.
Liga Super: Sabah pintas Selangor dalam kedudukan liga
Sabah merekodkan kemenangan kelima berturut-turut dalam aksi Liga Super apabila berjaya menang 2-1 ke atas Kuching City dalam aksi derbi Kepulauan Borneo sebentar tadi.
Unifi Piala Malaysia: Insya-Allah tiada tunggakan sebelum tamat liga -- Jurulatih PT Athletic
Pertembungan dua darjat antara kelab Liga A1 Semi-Pro, PT Athletic, berakhir dengan kekalahan besar berpihak kepada gergasi Liga Super Malaysia, Sabah, dengan agregat 0-7 dalam saingan Unifi Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Momentum perlu kekal buat Sabah walaupun tiada Kim Swee - Alto Linus
Penolong jurulatih Sabah, Alto Linus mahu memastikan The Rhinos mampu meneruskan momentum cemerlang tanpa kelibat Datuk Ong Kim Swee dalam perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia bertemu PT Athletic di Stadium KLFA Cheras, Sabtu ini.
Terima kasih, Selamat maju jaya Datuk Ong Kim Swee
Sabah ingin memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah menerima permohonan daripada Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, untuk tidak menyambung kontraknya bersama kelab yang akan berakhir pada 30 November 2024 ini.
Malaysia Open: Wei Chong-Kai Wun reach semis for the first time
National pair Man Wei Chong-Tee Kai Wun ensured Malaysia will have representation in the Malaysia Open men's doubles semis after posting a straight game success.
Malaysia Open: Soon Huat-Shevon, Tang Jie-Ee Wei dominant to reach semis
Fans will be anticipating the weekend action at the on-going Malaysia Open after Goh Soon Huat-Shevon Lai and Chen Tang Jie-Toh Ee Wei both notched straight game victories to reach the semi-finals.
Kyrgios: Tennis was getting 'a bit mundane' in my absence
Tennis 'mundane' without Kyrgios
Accrington FA Cup tie will 'feel like a Champions League final', says Slot
Slot relishing Accrington test
Swiatek: Pressure on Sabalenka in Australian Open three-peat quest
Swiatek: Pressure on Sabalenka
Kompany: Neuer to return in goal for Bayern against Monchengladbach
Neuer returns to Bayern fold
The Numbers Game: Arsenal under FA Cup pressure against holders
The Numbers Game: Arsenal v Man Utd
'We are not a charity case' – Ferguson defends denial of father-son matchup at Everton
Ferguson defends Young decision
'He carried us' – Cavs coach Atkinson hails Garland, bemused by All-Star absence
Garland 'carries' in-form Cavs
Osaka staying positive despite fitness scare ahead of Australian Open
Osaka staying positive ahead of AO