Atlet tempin boling negara, Natasha Mohamed Roslan dan pemain bola sepak Selangor, Faisal Abdul Halim, masing-masing menerima kurniaan anugerah oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Baginda.

Natasha menerima Anugerah Darjah Kebesaran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.S.K) manakala pemain sayap Selangor Faisal Halim pula menerima Darjah Kebesaran Ahli- Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) pada istiadat yang telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.


A post shared by Syed Ahmad @ Altimet (@sa.b.ar_n20)





Faisal merupakan antara 17 penerima lain yang turut menerima anugerah yang sama daripada Baginda.

Credit Photo: Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad.