Muzaffar Musa
Fri Oct 15 2021
Fabinho mendedahkan bahawa dia dan Alisson dijangka akan terlepas perlawanan Liverpool menentang Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana komitmen peringkat antarabangsa bersama Brazil.
Dua pemain The Reds itu merupakan sebahagian daripada skuad bimbingan Tite bagi kempen kelayakan Piala dunia menentang Venezuela, Colombia dan Uruguay sepanjang bulan ini, di mana perlawanan menentang Uruguay akan berlangsung pada awal pagi Jumaat waktu United Kingdom (pagi ini).
Fabinho percaya mereka tidak akan sempat untuk pulang ke United Kingdom dari Amerika Selatan untuk mewakili Liverpool menentang The Hornets malam esok.
Ia merupakan pertemuan liga pertama The Reds menentang Watford sejak tewas 0-3 kepada lawan itu pada Februari 2020 -- yang menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah mereka dalam liga berkenaan.
"Saya percaya ia amat sukar untuk kami beraksi dalam perlawanan pertama menentang Watford," katanya kepada wartawan di Brazil.
"Saya tidak fikir kami dapat bermain. Sama ada saya mahupun Alisson.
"Perlawanan menentang Uruguay akan berlangsung pada lewat malam di sana dan perlawanan menentang Watford pula pada 12.30pm (waktu Brazil).
"Dengan jarak perjalanan dan sebagainya, saya tidak tahu seberapa banyak masa yang kami ada di antara dua perlawanan itu. Saya percaya kami tidak akan dapat bermain," katanya.
Fabinho turut mendedahkan bahawa kelabnya sedang mempertimbangkan untuk menghantar mereka terus ke Sepanyol bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid awal pagi Rabu ini bagi mengelakkan tempoh kuarantin selama 10 hari di England.
"Kami juga perlu menjalani kuarantin tetapi kelab ini sedang mengkaji sama ada kami akan terus ke Sepanyol bagi perlawanan dengan Atletico dan menjalani kuarantin di sana, tanpa perlu diasingkan di hotel di England," tambahnya.
Piala EFL: Gol perdana Nunes pastikan Manchester City atasi Watford
Gol pertama Matheus Nunes bersama Manchester City membawa pasukan bimbingan Pep Guardiola itu ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Watford 2-1 di Stadium Etihad awal pagi tadi.
TERKINI: Fernando Forestieri tinggalkan JDT, bakal sertai Watford?
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Fernando Forestieri, mengucapkan selamat tinggal kepada juara Liga Super itu.
Piala Dunia Qatar: Tekanan penyokong punca Watford batal aksi ujian
Watford telah membatalkan hasrat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Qatar berikutan aduan daripada kumpulan penyokong yang bimbang tentang rekod hak asasi manusia negara itu.
Ranieri dipecat Watford selepas tewas kepada Norwich
Claudio Ranieri dipecat Watford selepas tewas kepada pesaing di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City.
Perlawanan Burnley-Watford ditunda kerana penularan COVID-19
Kunjungan Watford ke laman Burnley bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi terpaksa ditunda berikutan penularan COVID-19 di kem The Hornets.
Chelsea curi tiga mata di Watford, kata Tuchel
Tomas Tuchel berasakan Chelsea telah "mencuri tiga mata" dalam kemenangan 2-1 ke atas Watford di laman lawan itu awal pagi tadi.
Solskjaer akui ada yang tidak kena di Manchester United selepas diaib Watford
Ole Gunnar Solskjaer mengakui ada yang tidak kena di Manchester United selepas diaibkan dengan kekalahan besar di tangan Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.
Pemain Arsenal paling jujur -- Arteta jawab kritikan Ranieri selepas tewaskan Watford
Mikel Arteta menyifatkan pemainnya sebagai "paling jujur" selepas Claudio Ranieri menuduh mereka kurang ajar ketika Arsenal menewaskan Watford 1-0 di Stadium Emirates lewat malam tadi.
Fabinho, Alisson dijangka terlepas perlawanan Liverpool-Watford
Fabinho mendedahkan bahawa dia dan Alisson dijangka akan terlepas perlawanan Liverpool menentang Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana komitmen peringkat antarabangsa bersama Brazil.
Ranieri dilantik pengurus baru Watford dengan kontrak dua tahun
Watford melantik bekas pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL), Claudio Ranieri, sebagai pengurus baru.
Smith to captain Australia as he hunts 10,000 runs in Sri Lanka
Smith to stand in for Cummins
Ancelotti warns Clasico is unpredictable ahead of Supercopa final
Ancelotti: Clasico is unpredictable
NBA: Cavaliers rally past Raptors for 12th straight victory
Cavs rally for 12th straight win
Under pressure Clement understands fan frustration after Dundee draw
Clement understands fan frustration
Baines hails Everton commitment after Peterborough win
Baines hails Everton commitment
Djokovic reveals retirement plans, backs Alcaraz to break grand slam record
Djokovic reveals retirement plans
Malaysia Open: Wei Chong-Kai Wun, Yew Sin-Ee Yi among 4 pairs into last eight
Man Wei Chong-Tee Kai Wun and Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turned in a sizzling performance to reach the Malaysia Open quarter-finals, and they were joined by two other Malaysian pairs on another good day at the Axiata Arena.
Everton begin post-Dyche era with FA Cup triumph over Peterborough
Everton earn first win post-Dyche
Dundee 1-1 Rangers: Clement's side endure another frustrating away day
Report: Dundee 1-1 Rangers
Real Madrid 3-0 Mallorca: Bellingham and Rodrygo set up Barca battle in Supercopa final
Report: Real Madrid 3-0 Mallorca