ARSENAL 3 STOKE CITY 0
Arsenal tidak berdepan masalah untuk mengatasi Stoke City di depan penyokong sendiri selepas menewaskan skuad kendalian Paul Lambert itu 3-0 di Emirates, sebentar tadi.
Pengurus Gunners, Arsene Wenger, mempertaruhkan Pierre-Emerick Aubameyang selaku penyerang tunggal sambil disokong oleh Danny Welbeck dan Mesut Ozil di belakang pemain kebangsaan Gabon itu.
Bagaimanapun, rangkaian serangan itu tampak buntu untuk memecah masuk benteng pelawat yang diketuai oleh Bruno Martins Indi dan Ryan Shawcross.
Situasi kelam-kabut di depan gol Stoke pada minit ke-22 hampir memberikan pendahuluan buat Arsenal, namun percubaan Aaron Ramsey dari jarak dekat sekadar melewati palang gol.
Kesilapan Hector Bellerin yang terlepas bola di kawasan sendiri hampir menghukum Gunners, namun usaha yang diteruskan oleh Ramadan Sobhi sempat dihalang oleh Shkodran Mustafi, lapan minit kemudian.
Bersambung dalam babak kedua, Wenger membawa masuk Alexandre Lacazette bagi menggantikan Welbeck, namun barisan depan Gunners tetap gagal memecah kebuntuan.
Jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba buat tuan rumah pada minit ke-75 selepas Ozil dijatuhkan oleh Martins Indi di dalam kotak penalti.
Aubameyang yang sudah menjaringkan tiga gol bagi saingan liga musim ini tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti itu menewaskan penjaga gol, Jack Butland.
Tatkala Stoke memburu gol penyamaan, Arsenal seolah-olah menerima semangat baru apabila Aubameyang sekali lagi mencatat jaringan selepas menyempurnakan sepakan sudut Ozil untuk menjadikan kedudukan 2-0, sebelum Lacazette menambah gol dengan jaringan penalti ketika aksi berbaki seminit untuk menjadikan kedudukan 3-0 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat permainan.
Kemenangan itu menyaksikan Arsenal terus kekal di tangga keenam dan dibezakan lima mata dengan pasukan di tempat kelima, Chelsea.
Penulis Jemputan
Sun Apr 01 2018
John O'Shea tinggalkan Stoke City untuk beri tumpuan kepada Republik Ireland
John O'Shea meninggalkan peranannya sebagai jurulatih pasukan utama Stoke City untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap komitmen bersama skuad kebangsaan Republik Ireland.
Phil Jagielka tiada dalam perancangan Stoke City
Stoke City mengesahkan Phil Jagielka dan enam lagi tonggak utama akan meninggalkan kelab itu.
Liam Delap sertai Stoke City secara pinjaman
Pemain muda Manchester City, Liam Delap, menyertai pasukan Liga Kejuaraan, Stoke City, secara pinjaman bagi musim 2022-23.
Euro 2020: Mancini samakan Wales dengan Stoke City
Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini, menyamakan Wales dengan Stock City pada ketika dia menjangkakan tugas sukar menanti skuad Azzurri itu menjelang perlawanan terakhir peringkan Kumpulan A, Euro 2020 awal pagi esok.
Piala EFL: Arsenal layani kunjungan Manchester City dalam suku akhir
Mikel Arteta akan berdepan bekas mentornya, Pep Guardiola, selepas Arsenal diundi untuk menentang Manchester City dalam suku akhir Piala EFL.
Obi Mikel mahu julang Stoke City ke EPL
Bekas pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel, memeterai kontrak bersama kelab Liga Kejuaraan, Stoke City.
McClean mohon maaf, padam akaun Instagram
James McClean didenda potongan gaji selama dua minggu dan bersetuju untuk memadamkan akaun Instagramnya selepas didapati melakukan gurauan berkaitan Tentera Republik Irish (IRA), demikian disahkan Stoke City
Shaqiri mahu kekal di pentas tertinggi England
Pemain sayap Stoke City, Xherdan Shaqiri, berharap dirinya dapat kekal beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dua gol Aubameyang bantu Gunners di Emirates
Arsenal tidak berdepan masalah untuk mengatasi Stoke City di depan penyokong sendiri selepas menewaskan skuad kendalian Paul Lambert 3-0 di Emirates, sebentar tadi.
City kenduri gol di Etihad
Skuad kendalian Pep Guardiola, Manchester City, meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, selepas membelasah Stoke City 7-2 di Stadium Etihad, semalam.
Accrington FA Cup tie will 'feel like a Champions League final', says Slot
Slot relishing Accrington test
Swiatek: Pressure on Sabalenka in Australian Open three-peat quest
Swiatek: Pressure on Sabalenka
Kompany: Neuer to return in goal for Bayern against Monchengladbach
Neuer returns to Bayern fold
The Numbers Game: Arsenal under FA Cup pressure against holders
The Numbers Game: Arsenal v Man Utd
'We are not a charity case' – Ferguson defends denial of father-son matchup at Everton
Ferguson defends Young decision
'He carried us' – Cavs coach Atkinson hails Garland, bemused by All-Star absence
Garland 'carries' in-form Cavs
Osaka staying positive despite fitness scare ahead of Australian Open
Osaka staying positive ahead of AO
Smith to captain Australia as he hunts 10,000 runs in Sri Lanka
Smith to stand in for Cummins
Ancelotti warns Clasico is unpredictable ahead of Supercopa final
Ancelotti: Clasico is unpredictable
NBA: Cavaliers rally past Raptors for 12th straight victory
Cavs rally for 12th straight win