Petronas Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei pamer dominasi, mara ke separuh akhir

Ammar Hakim
January 10, 2025 19:11 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak cemerlang apabila lolos ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena.
Berdepan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, kemenangan 21-11 berjaya diperoleh Tang Jie-Ee Wei dalam tempoh 14 minit.
Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi cemerlang, ditambah dengan kualiti permainan dijaring serta sentuhan smash kencang membenarkan mereka menang 21-18 dalam set kedua sekaligus membawa cabaran ke separuh akhir.
Mereka bakal bertemu Feng Yan Zhe-Huang Dongping dari China, bagi memburu slot ke final.
#badminton #Terbuka Malaysia
;