Pertahanan Sri Pahang, Stefano Brundo, memberikan isyarat dirinya dalam keadaan bersedia untuk membantu pasukan menjelang saingan minggu ke-17 Liga Super 2024/25 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Pemain berusia 31 tahun itu kembali memperkuat skuad Tok Gajah usai melalui fasa pemulihan akibat kecederaan sejak September lalu.
Misi besar buat Brundo tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengekang segala peluang yang bakal dicipta oleh Skuad Harimau Selatan selain berharap Tok Gajah mampu mencuri satu mata dari Iskandar Puteri.
Untuk rekod, dia telah membuat sembilan penampilan dengan berjaya menjaringkan empat gol musim ini.
"Secara peribadi saya mahu membantu pasukan dan beri aksi terbaik, saya tahu agak sukar untuk menjaringkan gol dan memberikan bantuan jaringan berdepan JDT tetapi pasukan perlu sentiasa berjuang di atas padang.
"Pasukan perlu tetap berjuang, saya sentiasa optimis. Mereka pernah hilang mata berdepan PDRM juga," katanya.
Dalam pada itu, penjaga gawang Sri Pahang, Zarif Irfan, yang menerima layangan kad merah dalam saingan Piala Malaysia 2024/25 ketika berdepan Perak minggu lalu, tidak akan memberi impak besar buat dirinya untuk mempamerkan aksi terbaik bagi mengekang asakan bertali arus JDT.
Selain Irfan, khidmat Azfar Arif sebagai penjaga gol simpanan turut ditagih bagi aksi malam ini.
"Mungkin saya akan berikan sehabis baik untuk perlawanan ini, kami akan cuba dapatkan mata walaupun bukan mudah beraksi di SSI. Untuk penyokong Tok Gajah, kami akan berikan aksi terbaik nanti." tambahnya.
Ini susulan fokus utama Tok Gajah adalah mahu merebut slot ke separuh akhir Piala Malaysia selepas ini dalam aksi timbal balik kedua bertemu Perak nanti.
Saufi Tahir
Tue Dec 17 2024
Info siaran latihan pasukan pasukan Liga Super!
Saksikan siaran langsung Nadi Bola latihan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabah, PDRM & Kuching City di saluran Astro Arena 802HD & Astro Arena YouTube sebentar lagi.
Info Siaran Langsung Liga Super: Jadual perlawanan Minggu Ke-18
Jadual perlawanan Liga Super minggu ke-18 (LS18) akan bermula petang ini.
Ultimate Liga Super Fantasy: Rancang kesebelasan terbaik anda menjelang minggu ke-18 Liga Super
Ultimate Liga Super Fantasy minggu ke-17 menyaksikan MKanwar berjaya meraih mata tertinggi iaitu sebanyak 1216 mata dan menduduki tempat pertama carta.
JDT-PSG rancang kerjasama erat
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Paris Saint-Germain (PSG) berpeluang untuk mengeratkan hubungan mereka lagi menerusi kerjasama dalam aspek penjenamaan, infrastruktur dan pembangunan akar umbi.
Rumput Bermuda Tifgrand mula menghijau di Stadium Darulmakmur
Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) sedang mengusahakan untuk menaik taraf tempat duduk gelanggang keramat di Kuantan itu.
Ultimate Liga Super Fantasy: M. Kanwar terus dominasi saingan!
Sejak minggu pertama, M. Kanwar kekal mendahului dengan Team of The Week kekal menjadi miliknya menerusi pungutan mata minggu ke-17 sebanyak 99.
Ivan Mamut kembali menjelang tempoh getir Terengganu
Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, mengakui tugas sukar menanti pasukannya berikutan jadual padat yang bakal dihadapi bermula awal tahun depan.
Jentera serangan Kedah mula hadirkan kebimbangan, kata jurulatih
Perlawanan derbi utara Liga Super minggu ke-17 di antara Kedah Darul Aman menentang penang berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Liga Super: PDRM pamer aksi terbaik -- P. Maniam
Hatrik separuh masa pertama Ifedayo Olusegun membantu PDRM mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super semalam.
Liga Super: Ledak hatrik kemudian dilayang kad merah, Ifedayo warnai kemenangan PDRM
PDRM mempamerkan prestasi penuh bertenaga ketika melakar kemenangan 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.
Accrington FA Cup tie will 'feel like a Champions League final', says Slot
Slot relishing Accrington test
Swiatek: Pressure on Sabalenka in Australian Open three-peat quest
Swiatek: Pressure on Sabalenka
Kompany: Neuer to return in goal for Bayern against Monchengladbach
Neuer returns to Bayern fold
The Numbers Game: Arsenal under FA Cup pressure against holders
The Numbers Game: Arsenal v Man Utd
'We are not a charity case' – Ferguson defends denial of father-son matchup at Everton
Ferguson defends Young decision
'He carried us' – Cavs coach Atkinson hails Garland, bemused by All-Star absence
Garland 'carries' in-form Cavs
Osaka staying positive despite fitness scare ahead of Australian Open
Osaka staying positive ahead of AO
Smith to captain Australia as he hunts 10,000 runs in Sri Lanka
Smith to stand in for Cummins
Ancelotti warns Clasico is unpredictable ahead of Supercopa final
Ancelotti: Clasico is unpredictable
NBA: Cavaliers rally past Raptors for 12th straight victory
Cavs rally for 12th straight win