Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China pada Rabu lalu dianggap sebagai kesilapan ketara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mengambil maklum permintaan maaf oleh pemain ke lapan dunia itu, namun kesilapan itu disifatkan sebagai kecuaian yang kritikal.
Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak agar memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan masyarakat tidak keterlaluan memberikan komen di media sosial.
"Apa pun, kita perlu sentiasa bersederhana dan biar pihak berkuasa ambil tindakan. Saya mengambil maklum di pihak Lee Zii Jia telah ada permohonan maaf.
"Pada saya itu satu kesilapan ketara, baju yang akan dipakai oleh pemain yang cukup dikenali dan mewakili negara membawa bendera Malaysia.
"Saya anggap itu satu kecuaian yang kritikal. Kita ambil maklum," katanya ketika sidang akhbar selepas lawatan di Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung komen menyentuh sensitiviti tentang kontroversi tersebut.
"Jika ada siasatan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
"Saya nasihatkan dalam kes bukan hanya seperti ini, mana-mana kes sekalipun pengguna internet, media sosial berpada-pada meletakkan komen, kadang kala komen boleh disalah erti dan kita tidak mahu ada satu keadaan dia mengapi-apikan.
"Biarlah kita ambil tindakan bersesuaian, kita nak situasi seperti ini tidak berulang itu yang kita harapkan," katanya.
Sebelum itu, kemenangan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam aksi pembukaan Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024, pada Rabu dibayangi kontroversi.
Kontroversi hadir selepas jersi dipakai Zii Jia memaparkan Jalur Gemilang secara terbalik semasa memimpin permainan pada pertengahan set kedua ketika menentang pemain Taiwan, Chou Tien-chen di Hangzhou, China.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kemudiannya dilaporkan berkata, pihaknya akan merangka satu kod baharu berkaitan etika pemakaian atlet termasuklah membabitkan penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian mereka.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan insiden sama berulang membabitkan penggunaan Jalur Gemilang termasuk yang terbaharu membabitkan Zii Jia.-Astro Awani
Ammar Hakim
Sat Dec 14 2024
Petronas Terbuka Malaysia: Terima kasih Vivian Hoo!
Berakhirnya aksi beregu wanita sebentar tadi menandakan perlawanan terakhir buat pemain negara, Vivian Hoo, yang mengucapkan selamat tinggal kepada sukan yang diceburi selama ini.
Petronas Terbuka Malaysia: Gandingan kembar dari Taiwan singkir Aaron-Wooi Yik
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membuat peminat badminton tanah air tidak senang duduk sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Arena Axiata sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Soon Huat-Shevon teruskan hari cemerlang kem negara, layak ke suku akhir
Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu muda India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath, 21-10, 21-17 dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Gandingan Man-Tee teruskan cabaran ke suku akhir
Beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, berjaya meneruskan rentak cemerlang mereka apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir
Beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, membawa cabaran negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 penuh bergaya selepas menyingkirkan lawan dari Taiwan, Ming Che Lu-Hung En-Tzu, di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Kunlavut Vitidsarn tak sempat berpeluh singkir Anthony Ginting
Perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn, meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 selepas menyingkirkan lawan dari Indonesia, Anthony Ginting dalam aksi straight set 21-7,21-10 di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Toma Popov akan turun dalam acara perseorangan, beregu hari ini
Beraksi dalam dua kategori tidak menghalang Toma Junior Popov untuk mencipta kejutan apabila menewaskan perseorangan lelaki utama Indonesia, Jonatan Christie, di Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, semalam.
Petronas Terbuka Malaysia: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Ini tujuh wakil negara di Pusingan 16
Saingan hari ketiga pusingan 16 Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 diteruskan hari ini dengan tujuh wakil negara bakal turun membuat perhitungan di Axiata Arena, Kuala Lumpur dengan misi mara ke pusingan separuh akhir.
100Plus minuman tenaga pilihan Aaron-Wooi Yik
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia ke pusingan 16 hasil kemenangan yang diperoleh hari ini.
Sabalenka wants to put her name 'next to legends' with third straight Australian Open crown
Sabalenka eyes Aus Open treble
Diallo puts pen to paper on new Man Utd contract until 2030
Diallo signs new Man Utd contract
Hansen available for Ireland's Six Nations opener despite three-game ban
Hansen available for Six Nations
Australian Open: Can Sabalenka achieve three-peat at Melbourne Park?
Sabalenka aims for third AO title
Alpine confirm Colapinto as reserve driver for 2025 F1 season
Colapinto joins Alpine
Everton sack Dyche as Friedkin Group act after dismal league run
Everton sack Dyche
Fulham's top ambition is to win the FA Cup, says head coach Silva
Silva: FA Cup is top ambition
Emery: Villa will 'respect' Potter on West Ham bow
Emery: Villa will 'respect' Potter
Agbadou becomes Pereira's first signing at Wolves
Agbadou completes Wolves transfer
Murray: 'Unique opportunity' to work with Djokovic completely unexpected
Murray reveals Djokovic offer