Pemain badminton nombor satu dunia, Victor Axelsen mengakui penyandang juara itu tidak berada dalam prestasi terbaik ketika memasuki fasa separuh akhir kempen mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia.
Namun, pemain kelahiran Denmark itu menegaskan dia tetap berusaha menampilkan persembahan terbaik setiap perlawanan bagi pemburuan kejuaraan ketiga berturut-turut untuk edisi Super 1000 berkenaan.
Biarpun begitu, Axelsen mengakui tidak berpuas hati keputusan diraih di Terbuka Malaysia selepas merangkul beberapa kejuaraan Super 1000 sebelum ini.
"Anda bukan pemain terbaik seandainya anda tidak menang dan itulah yang berlaku kepada saya hari ini.
"Ia semua berlaku beberapa minggu selepas memenangi Siri Akhir Jelajah Dunia untuk kali kelima, saya boleh melakukannya dengan rehat seminggu tambahan.
"Saya mahu menang, tapi ternyata Yu Qi lebih berhak untuk menang. Tahniah kerana dia menampilkan permainan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan separuh akhir di Axiata Arena pada Sabtu.
Dalam pada itu, Axelsen berkata, dia telah memberikan persembahan terbaik seperti yang diberikan sebelum ini dalam setiap perlawanan.
"Untuk seorang pemain tiada apa yang paling mahu diberikan setiap kali berada dalam gelanggang hanyalah kemenangan.
Sebelum itu, hasrat Axelsen untuk ke pentas perlawanan akhir Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila dijinakkan pemain China, Shi Yu Qi, 12-21, 19-21, 17-21 sekaligus mengakhiri penguasaan juara bertahan semalam.-Sinar Harian
Ammar Hakim
Sun Jan 14 2024
Petronas Terbuka Malaysia: Terima kasih Vivian Hoo!
Berakhirnya aksi beregu wanita sebentar tadi menandakan perlawanan terakhir buat pemain negara, Vivian Hoo, yang mengucapkan selamat tinggal kepada sukan yang diceburi selama ini.
Petronas Terbuka Malaysia: Gandingan kembar dari Taiwan singkir Aaron-Wooi Yik
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membuat peminat badminton tanah air tidak senang duduk sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Arena Axiata sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Soon Huat-Shevon teruskan hari cemerlang kem negara, layak ke suku akhir
Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu muda India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath, 21-10, 21-17 dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Gandingan Man-Tee teruskan cabaran ke suku akhir
Beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, berjaya meneruskan rentak cemerlang mereka apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir
Beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, membawa cabaran negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 penuh bergaya selepas menyingkirkan lawan dari Taiwan, Ming Che Lu-Hung En-Tzu, di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Kunlavut Vitidsarn tak sempat berpeluh singkir Anthony Ginting
Perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn, meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 selepas menyingkirkan lawan dari Indonesia, Anthony Ginting dalam aksi straight set 21-7,21-10 di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Toma Popov akan turun dalam acara perseorangan, beregu hari ini
Beraksi dalam dua kategori tidak menghalang Toma Junior Popov untuk mencipta kejutan apabila menewaskan perseorangan lelaki utama Indonesia, Jonatan Christie, di Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, semalam.
Petronas Terbuka Malaysia: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Ini tujuh wakil negara di Pusingan 16
Saingan hari ketiga pusingan 16 Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 diteruskan hari ini dengan tujuh wakil negara bakal turun membuat perhitungan di Axiata Arena, Kuala Lumpur dengan misi mara ke pusingan separuh akhir.
100Plus minuman tenaga pilihan Aaron-Wooi Yik
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia ke pusingan 16 hasil kemenangan yang diperoleh hari ini.
Al-Nassr 3-1 Al-Okhdood: Ronaldo and Mane inspire comeback triumph
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Okhdood
Sabalenka wants to put her name 'next to legends' with third straight Australian Open crown
Sabalenka eyes Aus Open treble
Diallo puts pen to paper on new Man Utd contract until 2030
Diallo signs new Man Utd contract
Hansen available for Ireland's Six Nations opener despite three-game ban
Hansen available for Six Nations
Australian Open: Can Sabalenka achieve three-peat at Melbourne Park?
Sabalenka aims for third AO title
Alpine confirm Colapinto as reserve driver for 2025 F1 season
Colapinto joins Alpine
Everton sack Dyche as Friedkin Group act after dismal league run
Everton sack Dyche
Fulham's top ambition is to win the FA Cup, says head coach Silva
Silva: FA Cup is top ambition
Emery: Villa will 'respect' Potter on West Ham bow
Emery: Villa will 'respect' Potter
Agbadou becomes Pereira's first signing at Wolves
Agbadou completes Wolves transfer