Petronas Terbuka Malaysia: Man-Tee muncul wakil ketiga negara ke separuh akhir
Ammar Hakim
January 10, 2025 19:22 MYT
January 10, 2025 19:22 MYT
Beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Wai Kun, menjadi wakil negarake ketiga melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Axiata Arena menyaksikan hari yang cukup baik buat badminton Malaysia, mana tidaknya deretan aksi cemerlang dari barisan pemain negara.
Man-Tee beraksi di suku akhir bertemu gandingan Perancis, Toma Popov-Christo Popov dan tidak berdepan sebarang masalah apabila melengkapkan set pertama dengan penuh cemerlang, raih kemenangan 21-15.
Meneruskan momentum di sebalik sokongan mereka yang hadir ke Axiata Arena membenarkan mereka terus beraksi cemerlang, melengkapkan kemenangan sekaligus ke separuh akhir dengan kemenangan 21-11.