Resdung sekat Jafri Firdaus Chew jumpa JDT
Shaiful Shamsudin
January 11, 2025 14:35 MYT
January 11, 2025 14:35 MYT
Sabah berdepan dilema tersendiri sempena kunjungan ke kubu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), apabila kehilangan empat tonggak utama.
Perkembangan itu disahkan ketua jurulatih Sang Badak, Martin Stano, bagi pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Lantas, Stano perlu mencari jalan terutama bagi mengukuhkan bentengnya selepas tiga pemain bakal menjalani penggantungan kerana kutipan kad iaitu: Gabriel Peres dan Telmo Castanheira termasuk pemain warisan, Daniel Ting,
Sementara itu, seorang lagi pemain, Jafri Firdaus Chew, pula mengalami masalah kesihatan berkaitan resdung.